Thursday, November 17, 2016

Lembaga Air Perak, Aduan

Lembaga Air Perak, Aduan secara online: http://www.lap.com.my/bm/index.php/aduan1/aduan-pertanyaan

Tarikh Aduan / Pertanyaan: 12.11.16
Kod tariff No.Bil XXXXX sepatutnya 20 unit berbanding dengan Kod tariff No.Bil XXXXX. Pengiraan 26 unit tidak tepat dan sepatutnya 20unit+6unit iaitu 20unit x kadar 0.30 dan 6unit x kadar 0.70. Maka jumlah perlu dibayar adalah RM10.20 dan bukan RM16.20.
Email diterima: 15.11.16
Salam sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa kiraan penggunaan bil air untuk akaun XXXXX bagi bulan September 2016 dikira berdasarkan penggunaan air untuk tempoh 40 hari dari tarikh bil akhir, 28hb Julai 2016 sehingga 06hb September 2016.
1. Justeru itu, kiraan atas penggunaan air untuk bil tersebut dibuat berdasarkan kiraan satu (1) bulan seperti yang tertera pada bahagian hadapan bil pengguna.
10m³ x RM 0.30 = RM 3.00
10m³ x RM 0.70 = RM 7.00
6m³ x RM 1.03 = RM 6.18
JUMLAH = RM 16.18
2. Untuk kiraan bil bagi bulan-bulan berikutnya akan dikira berdasarkan perkiraan dua (2) bulan seperti kebiasaannya.
Email dihantar: 16.11.16
Soalan saya disini adalah kenapa sebelumnya berdasarkan kiraan satu (1) bulan manakala yang terbaru berdasarkan perkiraan dua (2) bulan?
Email diterima: 17.11.16
Seperti yang telah dimaklumkan semalam (16/11/2016) melalui perbualan telefon di talian XXXXX, Kiraan bil bulan September 2016 berdasarkan kiraan satu (1) bulan kerana terdapat penjadualan semula tugasan bacaan dikalangan pembaca miter. Untuk kiraan bil bagi bulan-bulan bacaan berikutnya akan dikira berdasarkan perkiraan dua (2) bulan seperti kebiasaannya. Sekian, dimaklumkan.

13 comments:

Unknown said...

44 laluan sru ampang 28 taman sru ampang 31350 ipoh depan air paip bocor

Unknown said...

No 19 Pesiaran kledang timur 2 Bandar baru menglembu Ipoh Perak
Mengenai paip rumah depan bocor

Unknown said...

Ada kebocoran air di luar rumah

alina said...

bil air bulan ni tak ada orang datang cek..kampung tasek..rumah orang lain dah dapat bil nya.

Unknown said...

117 Laluan Buntong Jaya 16,
Buntong Tiga,
30100 Ipoh Perak.

Rumah terbiar almat yang tersebut di atas sudah 3 hari air mengalir keluar, sila ambil tindakan secepat mungkin.
Sekian terima Kashi.

Unknown said...

Air sangat2 perlahan di area kampung larut tin taiping.. sudah 2 minggu.. minta pihak LAP buat sesuatu mengenai masalah ni.. plss

Unknown said...

Paip bocor bawah Tanah dihadapan rumah no 262 Hala jati Meru 12 KAMPUNG tersusun jelapang Jaya 30020 IPOh

Unknown said...

Paip di depan rumah saya bocor. Alamat 8 Lebuh Thivy, Lim Garden, 30100 Ipoh

Mansor maturidi bin shafie said...

Bil air untuk bulan April 2022 tinggi dan naik secara mendadak.tiada tanda bocor tapi apabila ditutup paip meter,meter masih berjalan..saya yakin ada kerosakan pada meter.mohon ambil tindakan tuan.
Alamat
No 56,lorong 5,taman padang tembak,36000 teluk intan perak

Unknown said...

Paip di depan rumah saya bocor sudah seminggu. Alamat:75 lorong kledang utara 13 taman
kledang suria menglembu perak

Katering ipoh said...

Bulan mac sy ada buat aduan paip bocor.. LAP dh buat.. Lepas buat semua tu.. Kata nk tar kan balik tempat yg korek tu.. Tapi sampai skrg tak turap balik.. Bila hujan jadi tempat air bertakung... Bila musim panas jadi tempat kucing membuang najis... Tolong ye datang turap semula secepat mungkin.. No.54 jalan tawas baru 8, tmn tasek damai, 30010 ipoh...

Shirley Cheong said...

Paip bocor bawah tanah dihadapan rumah No.620 Jalan Menglembu Timur 4 ,
31450 Menglembu Ipoh Perak.Sila ambil tindakan secepat mungkin kes yang tersebut sudah seminggu terima kasih.

Pak yop said...

Assalam..nak buat aduan..ada nampak macam mata air keluar dari longkang berhadapan SRRI AKS CINVENTION HALL jalan jelapang..macam ada paip pecah..
lagi satu..tekanan air macan perlahan sekarang area jalan nikmat..
adakah ini bersangkut paut dengan paip bocor yg saya beritahu seperti di atas

Admin

Welcome back. Please do make a comment and vote. My comment is just personal opinion.