Monday, September 16, 2013

Aduan Kepada JPJ Cawangan Taiping.

aduan@jpj.gov.my

Ketidakmesraan Pegawai JPJ cawangan Taiping di Tingkat Satu

Selamat Sejahtera Tuan/ Puan,
Di sini saya berasa sedih dengan ketidak mesraan yang ditonjolkan oleh pegawai JPJ cawangan Taiping di tingkat satu. Pada 15 Ogos 2013(Khamis) jam 10.30 pagi, saya telah ke tingkat bawah untuk memperbaharui cukai jalan. Disebabkan ramai orang di bahagian kaunter tingkat bawah, seorang pegawai lelaki dengan mesranya meminta saya memperbaharui di tingkat satu(bagi yang berkelompok). Dengan suka cita saya menuju ke tingkat atas. Dalam proses hendak memperbaharui, seorang pegawai perempuan meminta nombor insuran. Saya terus memohon maaf sebab saya terlupa membeli insuran dahulu. Sebelum saya pergi, pegawai perempuan itu sempat menyindir saya depan pegawai yang lain bahawa orang lain juga boleh memperbaharui cukai jalan tanpa insuran. Saya tidak membalas sebab saya perlu bergegas ke tempat lain. Pada 11.45 pagi saya terus ke tingkat atas untuk memperbaharui cukai jalan selepas membeli insuran namun tingkat satu telah ditutup. Disebabkan kaunter individu pula ramai orang, saya berhasrat untuk pergi keesokkannya.

Pada 16 Ogos 2013(Jumaat) jam 10.20 pagi, saya ke tingkat satu namun pegawai perempuan yang sama menyatakan saya perlu ke tingkat bawah untuk urusan tersebut. Dengan nada sopan dan hairan, saya menjawab semalam dibenarkan berurusan diatas tetapi hari ini pula tidak. Lantas saya berkejar ke tingkat bawah tetapi kena tunggu 57 nombor sebelum giliran saya tiba. Saya meluru ke tingkat atas meminta bantuan sebab saya telah datang ke sini sebanyak tiga kali. Yang saya terima hanya sindiran yang kuat dengan menyatakan semua orang tunggu saya pun perlu tunggu. Sambil makan kuih, pegawai perempuan itu meminta pelanggan yang membuat pembaharuan secara kelompok menunjukkan kad permitnya kepada saya. Saya terkilan dengan perangai yang ditunjukkan oleh pegawai tingkat atas ini. Sekurang-kurangnya pegawai tingkat atas membantu pegawai di tingkat bawah untuk meringankan kesesakkan. Saya tabik dengan tata dan tertibnya pegawai di tingkat bawah yang berulang kali saya mempembaharui lesen dan perakuan pendaftaran kenderaan tidak pernah menyindir tetapi kerja yang cekap dan bantuan yang diberi.

Saya berharap pegawai tingkat atas diberi teguran yang sewajarnya supaya saya dan yang lain tidak akan mengalami keadaan seperti ini sekali lagi.
Sekian, terima kasih.

Pelanggan setia JPJ Cawangan Taiping.

Maklum balas JPJ
Email Pertama

Ruj. Kami : (119)dlm.JPJ.PK(C)06-0001 Jld.4
Tarikh : 19 Ogos 2013
Perkara : Aduan Mengenai Ketidakmesraan Pegawai JPJ cawangan Taiping.

Tuan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa aduan tuan sebagaimana yang dilaporkan melalui emel bertarikh 16 Ogos 2013 telah dipanjangkan kepada Ketua Cawangan Taiping untuk diambil tindakan.
Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
'MESRA, CEKAP TELUS'

Saya yang menurut perintah,
(RIDZUAN BIN HJ RAYMAN)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p. Pengarah,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Email Kedua
(34) dlm. JPJ/PR/1-17/KPA Klt. 116

Tuan,
Dikemukakan aduan untuk perhatian dan maklumbalas keada pengadu.
Sekian, terima kasih

SHITH BIN YAAKUB
Ketua Unit Khidmat Pelanggan
Bahagian Korporat Dan Penyelidikan
Ibu Pejabat JPJ Malaysia, Putrajaya
Telefon : 03-88866492 Faks : 03-88866512

Email Ketiga
Ruj. Kami : (119)dlm.JPJ.PK(C)06-0001 Jld.4
Tarikh : 19 Ogos 2013
Perkara : Aduan Mengenai Ketidakmesraan Pegawai JPJ cawangan Taiping.

Tuan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa aduan tuan sebagaimana yang dilaporkan melalui emel bertarikh 16 Ogos 2013 telah dipanjangkan kepada Ketua Bahagian Pendaftaran Dan Pelesenan Kenderaan untuk diambil tindakan.Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
'MESRA, CEKAP TELUS'
Saya yang menurut perintah,
(RIDZUAN BIN HJ RAYMAN)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p. Pengarah,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Admin

Welcome back. Please do make a comment and vote. My comment is just personal opinion.