Lembaga Air Perak, Aduan secara online:
http://www.lap.com.my/bm/index.php/aduan1/aduan-pertanyaan
Tarikh Aduan / Pertanyaan: 12.11.16
Kod tariff No.Bil XXXXX sepatutnya 20 unit berbanding dengan Kod tariff
No.Bil XXXXX. Pengiraan 26 unit tidak tepat dan sepatutnya 20unit+6unit
iaitu 20unit x kadar 0.30 dan 6unit x kadar 0.70. Maka jumlah perlu
dibayar adalah RM10.20 dan bukan RM16.20.
Email diterima: 15.11.16
Salam sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa kiraan penggunaan bil air untuk akaun XXXXX
bagi bulan September 2016 dikira berdasarkan penggunaan air untuk tempoh
40 hari dari tarikh bil akhir, 28hb Julai 2016 sehingga 06hb September
2016.
1. Justeru itu, kiraan atas penggunaan air untuk bil tersebut
dibuat berdasarkan kiraan satu (1) bulan seperti yang tertera pada
bahagian hadapan bil pengguna.
10m³ x RM 0.30 = RM 3.00
10m³ x RM 0.70 = RM 7.00
6m³ x RM 1.03 = RM 6.18
JUMLAH = RM 16.18
2. Untuk kiraan bil bagi bulan-bulan berikutnya akan dikira berdasarkan perkiraan dua (2) bulan seperti kebiasaannya.
Email dihantar: 16.11.16
Soalan saya disini adalah kenapa sebelumnya berdasarkan kiraan satu (1)
bulan manakala yang terbaru berdasarkan perkiraan dua (2) bulan?
Email diterima: 17.11.16
Seperti yang telah dimaklumkan semalam (16/11/2016) melalui perbualan
telefon di talian XXXXX, Kiraan bil bulan September 2016 berdasarkan
kiraan satu (1) bulan kerana terdapat penjadualan semula tugasan bacaan
dikalangan pembaca miter. Untuk kiraan bil bagi bulan-bulan bacaan
berikutnya akan dikira berdasarkan perkiraan dua (2) bulan seperti
kebiasaannya. Sekian, dimaklumkan.