

Selaku penduduk sekitar Taman Kami, saya kecewa dengan tindakan LAP tanpa sebarang notis, surat rasmi atau makluman secara spontan menukar meter rumah oleh sub-kontraktor yang tidak mempunyai sebarang identiti pada hari Sabtu dimana saya tidak dapat mengenal pasti samada penukaran tersebut arahan LAP ataupun tidak. Sub-kontraktor ini memberitahu saya yang pihak LAP mempunyai kuasa untuk menukar meter air bila-bila masa dan jika saya ingin mengadu saya perlu ke pejabat LAP pada hari Isnin. Jika berlaku penipuan pun saya tidak dapat menghalang disebabkan pengesahan hanya dapat dibuat dua hari lagi. Saya risau sebab kebelakangan ini ada saja pencuri meter.Harap tindakan yang sewajarnya dibuat supaya perkara ini tidak berulang. Terima kasih atas kerjasama yang bakal diberi.
No comments:
Post a Comment