Thursday, May 15, 2008


'Pertandingan Mencipta Logo Pelancongan Taiping'

1. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2000.00 beserta sijil penghargaan. Lima (5) pemenang saguhati akan menerima RM200.00 beserta sijil setiap seorang.
2. Semua AJK, ahli panel pemilihan serta saudara mara terdekat tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
3. Semua hasil ciptaan logo hendaklah asli, tidak boleh melanggar mana - mana hak cipta terpelihara. MPT tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara ini dan berhak
menuntut semula bayaran hadiah yang dimenangi oleh peserta.
4. Perkataan dan juga hendaklah dimasukkan di dalam logo. Logo mestilah
mempunyai identiti Taiping Bandar Warisan. 'From Taiping 5. With Love' 'Malaysia'
Semua rekaan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik MPT. Rekaan boleh digunakan secara terus atau diubah suai mengikut budi bicara pihak MPT tanpa syarat.
6. Rekacipta boleh dihasilkan sama ada secara 'free hand' atau menggunakan grafik komputer (digalakkan).
7. Saiz logo dalam bentuk lukisan ialah 200mm X 200mm berlatar belakang warna putih dan dilekatkan di atas 'mounting board' warna hitam berukuran 250mm X250mm.
8. Salinan digital (softcopy) hendaklah dimuatkan dalam cakera padat (CD), saiz minima 800 X 800 piksel dalam format JPEG serta format GIF (animasi jika ada).
9. Setiap rekacipta logo wajib disertakan huraian makna (definisi) dalam Bahasa Malaysia bagi setiap simbol serta warna yang digunakan tidak melebihi 300 perkataan.
10. Penyertaan adalah percuma. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
11. Setiap penyertaan perlu dinyatakan Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat Surat Menyurat, Nombor Telefon dan E-Mail (jika ada).
12. MPT tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakkan atau apa - apa kos bahan lukisan yang dihantar peserta.
13. Bukti pengiriman pos tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
14. Keputusan pertandingan akan diumumkan melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping di URL http://www.mptaiping.gov.my
15. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
URUS SETIA,
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PELANCONGAN,
MAJLIS PERBANDARAN TAIPING,
JALAN TAMING SARI,
34000 TAIPING,
PERAK DARUL RIDZUAN.
(U.P. : Jabatan Perancangan dan Pembangunan Bandar)
16. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2008 sebelum jam 12.00 tengah hari. Penyertaan yang lewat tidak akan diterima.
http://www.mptaiping.gov.my

No comments:

Admin

Welcome back. Please do make a comment and vote. My comment is just personal opinion.