Friday, May 01, 2009

GHOST IS EVERYWHERE
PIC: http://forum.engkabang.net/index.php/topic,26074.0.html
Spooky! It is up to individual to believe it or not! If you believe their existence then they are everywhere.
ADOBE HAVING A MEGASALE IN MALAYSIA
Adobe Creative Suite 4 Design Premium Student Edition selling at RM399 in Malaysia, from retail price of RM2,359.
Click here for more info.

Wednesday, April 29, 2009

GET A KFC VOUCHER FROM PETRONAS
To get this voucher, just refill your car fuel with Petronas and pay only cash.
For purchase of RM30 at any Petronas station, get a KFC discount voucher
Peninsular Malaysia 10 April - 10 May 2009
East Malaysia 23 April - 23 May 2009
A FREE GAME WITH NESTLE CEREAL PRODUCTChildish to some of you, is it? Well you can say is a simple game and suitable for kids only. Simple game is for simple person like me where I can simply win any of the tasks given without pressure or eager to finish up until I don't bathe, eat or sleep. If you are just a simple guy and wanted to win, win and win, just buy Nestle cereal products and get 1 game free.

Tuesday, April 28, 2009

LOOKS DELICIOUS?
PIC : forum.engkabang.net/index.php/topic,24458.0.html
Do you feel hungry or full looking at all the pictures above?
BEWARE OF EMAIL SPAM

In my email inside spam folder, I received email from Maybank. If you click on the link to Maybank website you won't go directly to www.maybank2u.com.my. This is a fake notification. Do not trust this email furthermore I did not do any online banking at all.


Refer this blog too: http://www.shaolintiger.com/2009/03/23/maybank-phishing-scam-e-mails-in-malaysia/

Sunday, April 26, 2009

FUNNY PICTURES SNAPPED!
For more pictures, click here.
A USEFUL NOTE FOR ANY KETUA JABATAN
Teachers should have the power to reject any workload or instructions from the school head if either to burden or unreasonable task to be made. In certain school, co-curriculum activities still being made on Saturdays where teachers need to spend their time in school rather with family. Take a look at two articles below:

‘Tidak salah kalau tarik diri jalankan aktiviti’
GURU berhak menarik diri atau enggan mematuhi arahan melaksanakan sebarang aktiviti sekolah jika terpaksa mendahulukan wang mereka kerana ia adalah tanggungjawab pihak sekolah menyediakan semua kemudahan untuk memastikan aktiviti itu dilaksanakan.
Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan (gambar), berkata adalah menjadi hak guru menolak tanggungjawab itu jika berasakan ia membebankan serta tidak sanggup melaksanakannya.
Ini kerana, kata beliau, sewajarnya pihak sekolah memastikan segala keperluan termasuk perbelanjaan sudah disediakan sebelum mengarahkan guru melaksanakan tugas mereka seperti membawa pelajar untuk aktiviti luar sekolah.
“Banyak sumber yang boleh digunakan, malah tidak sekadar wang sekolah yang boleh digunakan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah juga boleh membantu untuk memastikan aktiviti itu dilaksana tanpa membebankan guru.
Beliau meminta semua PIBG memantau aktiviti serta perbelanjaan supaya tidak terlepas pandang dan akhirnya memberi tekanan kepada guru.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran, Jemali Paiman, berkata permasalahan itu disebabkan kelemahan pentadbir sekolah.
Katanya, ada tiga sumber kewangan boleh digunakan menjalankan aktiviti sekolah iaitu wang sekolah melalui akaun sumber wang awam (Suwa) dan wang kerajaan; bantuan perkapita kerajaan serta melalui akaun PIBG.
“Namun, ada ketikanya, wang itu tidak dapat dikeluarkan segera kerana notis yang diterima untuk sesuatu aktiviti terlalu singkat dan pada masa sama, kerani kewangan atau pengetua tidak ada di sekolah,” katanya.
Sekolah tak wajar bebankan pendidik
PENTADBIRAN sekolah tidak sewajarnya membebankan guru dengan meminta mereka mendahulukan wang sendiri bagi melaksanakan sebarang program sekolah sama ada untuk aktiviti kokurikulum atau kurikulum pada semua peringkat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom (gambar), berkata semua program yang dilaksanakan sama ada peringkat dalaman atau luaran yang membabitkan aktiviti rasmi perlu menggunakan sumber daripada peruntukan yang sudah disalurkan kementerian kepada setiap sekolah.
Justeru, katanya, adalah tidak munasabah apabila guru terpaksa menggunakan duit sendiri untuk program sekolah kerana peruntukan disalurkan mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan itu dan boleh dikeluarkan daripada pelbagai saluran.
Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap sekolah diwajibkan mempunyai wang tunai sebanyak RM500 dalam peti panjar runcit (petty cash) yang boleh digunakan pada bila-bila masa bagi tujuan rasmi dan jumlah itu mesti kekal pada setiap masa.
“Maksudnya, jika guru diminta melaksanakan apa saja program seperti membawa pelajar mengikuti sebarang aktiviti luar atau perlu membeli sesuatu untuk sekolah, wang itu boleh digunakan. Selepas digunakan, pentadbiran sekolah perlu menggantikan wang tunai itu supaya jumlahnya sentiasa genap RM500.
“Jika jumlah yang diperlukan melebihi nilai RM500, banyak kaedah lain lagi boleh digunakan seperti menggunakan pesanan tempatan (local order) atau mengemukakan resit bayar kemudian selepas sesuatu perkhidmatan seperti bas untuk menghantar pelajar digunakan.
“Peruntukan untuk semua aktiviti itu ada dan sekolah mempunyai banyak saluran untuk membayarnya. Paling tidak pun, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh membantu dengan syarat aktiviti itu membabitkan kebanyakan pelajar di sekolah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan ramai guru mengenai tekanan yang dihadapi mereka akibat terpaksa mendahulukan duit sendiri bagi menampung aktiviti sekolah seperti membawa murid keluar untuk pertandingan sukan atau membuat persiapan sebarang sambutan yang diadakan di sekolah.
Bagaimanapun, Alimuddin mengakui kebanyakan guru yang menjadi mangsa ‘keadaan’ itu disebabkan pengurusan pentadbiran sekolah tidak cekap serta tidak mengikut prosedur sepatutnya dalam menguruskan perbelanjaan mereka.
Katanya, untuk menangani masalah itu, guru sewajarnya berterus terang mengenai jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan setiap kali mendapat arahan untuk menguruskan sesuatu aktiviti.
“Guru bagaimanapun bertanggungjawab dengan bidang tugas mereka. Jangan kerana alasan perlu mengeluarkan belanja sendiri, mereka tidak mahu melaksanakan tugas itu. Mereka perlu berterus terang dengan pihak pentadbiran dan menjadi kewajipan pentadbir pula untuk menyediakan perbelanjaan mencukupi sebelum mengarahkan guru melaksanakan tugas mereka.
“Dalam isu ini, soal keikhlasan sangat penting. Jika setakat perlu membeli sebatang pen, apa salahnya guru dahulukan duit mereka. Namun, jika ia terasa membebankan, guru perlu memaklumkan kepada pentadbir dan mereka berhak mendapat peruntukan sebelum aktiviti dijalankan.
“Pada dasarnya, kementerian tidak bersetuju jika pentadbir meminta guru mendahulukan duit mereka kerana ia tidak termaktub sebagai sebahagian daripada tugas guru. Gunakan peruntukan yang ada,” katanya.
Beliau berkata, pentadbir sekolah juga perlu memahami bahawa tugas utama guru ialah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan serta tidak terlalu membebankan guru dengan aktiviti yang tidak penting.
Lantaran itu, kementerian sudah mengurangkan aktiviti sampingan lain bagi memberi peluang kepada guru memfokuskan kepada aktiviti dalam kelas.

Admin

Welcome back. Please do make a comment and vote. My comment is just personal opinion.